Populariti.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Entry kali ini dimulai dengan gambar saya yg bajet cun. Padahal tak pun. Lelaki tu? Ohh dia buah hati saya. Athirah dah ada buah hati? Eh mestilah. Meh saya kenalkan. Nama dia Aizuddin Azri bin Adam. Triple A saya. Hihi. Err. Maaf. Jauh melencong daripada tajuk.
Eh kau pernah terhingin nak jadi popular tak? Aku tau, mesti ada rasa tu walaupun cuma sedikit. Mengaku jela woi. Aku pun ada. Semua orang ada rasa begitu, kan kan? So entry kali ni aku nak cerita sikit pasal populariti ni. Ini semua pendapat aku. Ada siapa berani bantah? Just come forward to face me and I will give you a nice free kick. Amacam? Ada berani kah? Mwehehe.
Aku nak ulas pasal populariti dekat sekolah jela. Tak jauh. Populariti. Kebaikannya, bila kita popular, semua orang kenal kita. Even ceruk mana pun, bila orang tanya, "Eh, kau kenal si polan bin si polan tak?" *nama sebenar dirahsiakan* Kebanyakannya semua orang mesti akan cakap, eh mestila aku kenal. Bla bla bla. Tapi. Bangga ke kau kalau satu sekolah kenal kau, kau popular sebab kau banyak buat kerja dajal kat sekolah? Bangga ke? Meh habaq kat cheq. Mestilah tak kan.
Ehem. Budak sekolah aku ramai cun cun. Siapa nak satu? Gua boleh kasi punya. Hee. Aku amek contoh lah kan, ramai budak sekolah aku popular sebab mereka cantik dan handsome. Kalau mereka pandai sekali pun, orang tak pandang sangat ah. Bila cantik je, emang popular lah dia kt sekolah tu. Budak pendidikan khas pun kenal diorang tau. Ha jangan memain. *tipu* Pendapat aku, buatpe kita popular sebab kita cantik. Aku cakap ni bukan sebab aku jealous diorang lagi cantik daripada aku. Langsung tak. Semua makhluk yang Allah ciptakan, cantik-cantik dan indah indah belaka. Tiada cacat cela sebab Allah Maha Agung. Okay sambung. Bila kita popular sebab kita cantik, ha nanti mulalah timbul perasaan riak dalam hati. Bangga. Eh dia kata aku cantik ah, dia kata aku cun ah, dia kata badan aku melentik ah, and so on. Bangga cmtu?
Lepastu bila dah kena puji cmtu, mula lah. Semua pergerakan, penampilan, semuanya nak cover ayu. Jaga market katanya. Memanglah lumrah perempuan cmtu, bajet ayu. Tapi agak agak lah kalau iye pun. Ni kalau makan terlampau sopan santun sampai aku rasa baby yg takda gigi tu kunyah lagi laju lah daripada dia, camane. Lepastu, setiap minit, setiap saat, setiap detik betulkan tudung. Aku pun kekadang cmtu jugak. Tapi bila aku fikir MALAS, aku biarkan je tudung aku senget benget. Scarf senget. Mcm ayu kata, aku ni mcm budak darjah satu. Hewhew. Disebabkan nak jaga populariti, benda yg senang dibuat pun mengada ngada nak dipayahkan. Contoh. "Eh, tolong aku angkat benda ni. Berat lah." Di sudut lain, ada sekelompok budak lelaki. Lalu budak perempuan ni pun berkata dgn bangganya, "Alaa. Taknak lah. Berat. Tak kuat tau nak angkat. Aww." sambil buat muka minta kaki. Ehem. Actually, dia malu nak angkat sebab ada budak lelaki kt situ. Nanti jatuh lah saham dia sebagai 'Princess of the world' kononnya. Bila ada budak lelaki lalu, senyuman paling ayu akan diberi. Puihh.
Sebagai kaum hawa, serius aku menyampah dengan budak cmni. Apa lah nak dibanggakan dengan muka cantik. Memang bila kita cantik, orang puji, semua orang nak kawan dgn kita, semua orang minat kita. Tapi. Let say bila satu hari nanti muka yg cantik ni akan hilang dimamah usia atau pun, dengan takdir Allah, muka yg cntik tu jadi cacat, adakah diorg akan bagi layanan yg sama semasa kita cantik dulu? Ada ke diorg ingat kita lagi? Tapi jangan lupa, Allah sentiasa ada dengan kita. Aku pernah rasa down gila nak mati bila muka aku sunburn masa tu. Ya Allah. Cuma Allah je tau perasaan aku masa tu. Dengan muka hitam legam, menggelupas. Setiap kali tengok muka kt cermin, rasa sedih gila. Tapi. Bila aku fikir balik. Mungkin Allah nak bagi aku rasa macam mana rasanya bila muka aku tak cantik. Dan mungkin jugak Allah nak aku bersyukur dengan apa yg aku ada dan jangan pernah sesekali bangga dengan kecantikan yg kita ada. Allah tak menilai iman seseorang daripada muka, ingat tu.
Tapi zaman sekarang ni ramai orang yang nak cari pasangan yang cantik, handsome je. Dahi licin. Muka hitam sikit, reject. Muka ada banyak jerawat, reject. Habis yg kurang cantik, kurang handsome tu nak campak mana? Jodoh tu rahsia Allah. Biar Dia yang tentukan :) Assalamualaikum.